Wednesday 21 September 2016

Nasi Kerabu Kelantan

Nasi Kerabu paling best pernah aku rasa

Nasi Kerabu

















Lokasi nanti saya share

Thursday 2 April 2015

Nasi Dalca Bawang (Bayan Lepas)

Lagi satu tempat makan yang saya nak share dengan hangpa semua..Tak jauh dari rumah saya ni ada satu kedai Nasi Dalca. Nak kata orang ramai sangat tu tak lah..tapi tiap2 kali p mesti ada orang dok beratoq ..

Lokasi : Pasar & Kompleks MPPP (Sungai Ara)
Waktu : Start 5.00 Petang


Saturday 30 August 2014

Mee Ketam Pondok Upeh (Balik Pulau) Pulau Pinang

Assalamualaikum..Kali saya nak cerita pasai kedai makan baru, Mee Ketam Pondok Upeh.
Terletak kat Jalan Pondok Upeh Balik Pulau. Kedai ni x lah besar manapun mungkin baru kot. Berniaga kecil-kecilan  kat depan rumah. Tapi dah start famous bila ramai yang post gambar kat facebook.

Jenis Makana Mee Ketam Special RM 15.00 (Ada Ketam, Udang & Sotong)
Mee Katam Biasa RM 10.00
Goreng Pisang tabur gula merah kat atas.
Air  sirap je...(no charge)
Pisang Goreng tabur gula melaka

Mee Ketam Special

So sapa2 yang sampai area balik pulau boleh la try..Tak rugi mencuba

Monday 10 February 2014

Doa Selepas Solat Fardhu



 "Ya Allah limpahkanlah shalawat (rahmat) atas penghulu kami Nabi Muhammad, semoga dengan berkat shalawat itu engkau lepaskan kami dari segala bencana dan musibah,
 Engkau tunaikan segala hajat kami, Engkau bersihkan kami dari segala keburukan dan
 Engkau tinggikan darjat kami disisi Mu, Engkau sampaikan kami pada puncak tujuan dari semua kebaikan selama kami hidup ataupun sesudah wafat.

Dan limpahkanlah kesejahteraan kepada keluarga dan para sahabat beliau, sebanyak-banyak salam kepada mereka, Sesunguhnya Engkaulah yang maha mengasihani".

"Ya Allah Tuhan kami, berikanlah keampunan kepada ku dan kedua ibu bapaku..." (14:41)
"....Kasihanilah mereka keduanya,sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil."(17:24)

Ampunilah kaum muslimin laki-laki dan wanita, baik yang masih hidup,
Ampunilah kaum mukminin laki-laki dan wanita, baik yang sudah meninggal,
Baik yang masih hidup dan yang sudah meninggal,
Sesungguhnya Engkaulah yang mengasihani.
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada Mu akan keredhaan dan Surga Mu, dan kami berlindung dengan Mu daripada kemurkaan Mu dan azab neraka Mu
Ya Allah sesungguhnya Enkau Dzat Maha Pengampun lagi Maha Pemurah, senang pada ampunan, maka ampunilah kami wahai Dzat yang Maha Pemurah (HR Tirmidzi)

Ampunilah kaum mukminin laki-laki dan wanita,
kaum muslimin laki-laki dan wanita,
baik yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal,
Sesungguhnya Engkaulah yang mengasihani.








Sunday 29 September 2013

Sungai Ara Ke Batu Ferringhi





PERJALAN DARI SUNGAI ARA KE BATU FERRINGHI.
Pada pagi Ahad yang lalu (22-Sep-2013), saya, anak dan isteri lepas aje balik dari wet market kat bayan baru kami terus drive keta ke Balik Pulau. Sekarang jalan baru menghubungkan bayan lepas ke balik pulau dah siap sepenuhnya. Cantik ,cepat, selesa dan selamat.



Di Balik Pulau kami singah dulu di beberapa kawasan kat sana antaranya:
1. Kuala Sungai Pinang.


2. Kampung Pantai Aceh, Sebelum sampai ke kampung Pantai Aceh kat sana terdapat Pusat Falak Sheikh Tahir dan Jabatan Mufti Pulau Pinang. Betul-betul kat tepi bukit. Aktiviti utama penduduk kampung Pantai Aceh adalah nelayan kerana kawansannya betul-betul kat tepi laut. Terdapat kolam ternakan ikan sebelum masuk ke kampung ini.

Selepas itu kami sekeluarga meneruskan perjalanan ke Taman Rimba Teluk Bahang. Jarak perjalanan 13 Km. Keadaan jalan yang agak sempit dan berliku menyukarkan perjalanan. Ditambah dengan kenderaan berat seperti bas pelancong yang banyak telah membuatkan masa perjalanan menjadi panjang. Kepada sesiapa yang ingin melalui jalan ini diingatkan sentiasalah berhati-hati dan baik jika membunyikan hon kenderaan setiap kali menghampiri selekoh tajam. Pemandangan laut dari atas bukit serta ribuan pokok-pokok durian yang terdapat disepanjangnya menjadi penarik kepada pengunjung melalui jalan ini.




Di pertengahannya terdapat air terjun (Air Terjun Titi Kerawang). Terdapat deretan gerai kecil menjual buah-buahan tempatan serta sourvenir. Walau bagaimanapun agak sukar untuk memberhentikan kenderaan dikawasan ini kerana keadaan jalannya yang sempit dan kawasan letak kereta yang terhad.




Sebelum sampai ke taman rimba pengunjung juga boleh berhenti di beberapa kebun buah-buahan yang terdapat disepanjang jalan ini.



Selepas itu pengunjung sekali lagi akan tertarik dengan pemandangan indah iaitu empangan air tawar (Empangan Teluk Bahang). Boleh berhentikan kereta dan berjalan disekitarnya cantik dan menarik .



Maka selepas 45 minit perjalan kami sampai ke destinasi yang kedua iaitu Taman Rimba Teluk Bahang. Kemudahan asas kat sini terbaik ada toilet, surau, dewan, tempat permainan kanak-kanak, pondok-pendok rehat  serta air terjun yang yang diubah suai sesuai untuk bawak anak-anak kecil mandi. Kepada orang dewasa boleh mandi air terjun yang real kepada yang tak nak mandi pula boleh bersiar-siar melawat muzium hutan, naik titi gantung dan melawat kolam ikan sambil hirup udara segar.










Selepas tu kami menuruskan perjalanan kami ke pekan Teluk Bahang. Dalam perjalan kepada yang banyak duit bolehlah singah kat:
Taman Rama-Rama. Masuk kesini RM 27.oo bagi dewasa.


Escape Edventureplay Theme Park.Masuk RM 60.oo bagi dewasa.