Sunday 29 September 2013

Sungai Ara Ke Batu Ferringhi





PERJALAN DARI SUNGAI ARA KE BATU FERRINGHI.
Pada pagi Ahad yang lalu (22-Sep-2013), saya, anak dan isteri lepas aje balik dari wet market kat bayan baru kami terus drive keta ke Balik Pulau. Sekarang jalan baru menghubungkan bayan lepas ke balik pulau dah siap sepenuhnya. Cantik ,cepat, selesa dan selamat.



Di Balik Pulau kami singah dulu di beberapa kawasan kat sana antaranya:
1. Kuala Sungai Pinang.


2. Kampung Pantai Aceh, Sebelum sampai ke kampung Pantai Aceh kat sana terdapat Pusat Falak Sheikh Tahir dan Jabatan Mufti Pulau Pinang. Betul-betul kat tepi bukit. Aktiviti utama penduduk kampung Pantai Aceh adalah nelayan kerana kawansannya betul-betul kat tepi laut. Terdapat kolam ternakan ikan sebelum masuk ke kampung ini.

Selepas itu kami sekeluarga meneruskan perjalanan ke Taman Rimba Teluk Bahang. Jarak perjalanan 13 Km. Keadaan jalan yang agak sempit dan berliku menyukarkan perjalanan. Ditambah dengan kenderaan berat seperti bas pelancong yang banyak telah membuatkan masa perjalanan menjadi panjang. Kepada sesiapa yang ingin melalui jalan ini diingatkan sentiasalah berhati-hati dan baik jika membunyikan hon kenderaan setiap kali menghampiri selekoh tajam. Pemandangan laut dari atas bukit serta ribuan pokok-pokok durian yang terdapat disepanjangnya menjadi penarik kepada pengunjung melalui jalan ini.




Di pertengahannya terdapat air terjun (Air Terjun Titi Kerawang). Terdapat deretan gerai kecil menjual buah-buahan tempatan serta sourvenir. Walau bagaimanapun agak sukar untuk memberhentikan kenderaan dikawasan ini kerana keadaan jalannya yang sempit dan kawasan letak kereta yang terhad.




Sebelum sampai ke taman rimba pengunjung juga boleh berhenti di beberapa kebun buah-buahan yang terdapat disepanjang jalan ini.



Selepas itu pengunjung sekali lagi akan tertarik dengan pemandangan indah iaitu empangan air tawar (Empangan Teluk Bahang). Boleh berhentikan kereta dan berjalan disekitarnya cantik dan menarik .



Maka selepas 45 minit perjalan kami sampai ke destinasi yang kedua iaitu Taman Rimba Teluk Bahang. Kemudahan asas kat sini terbaik ada toilet, surau, dewan, tempat permainan kanak-kanak, pondok-pendok rehat  serta air terjun yang yang diubah suai sesuai untuk bawak anak-anak kecil mandi. Kepada orang dewasa boleh mandi air terjun yang real kepada yang tak nak mandi pula boleh bersiar-siar melawat muzium hutan, naik titi gantung dan melawat kolam ikan sambil hirup udara segar.










Selepas tu kami menuruskan perjalanan kami ke pekan Teluk Bahang. Dalam perjalan kepada yang banyak duit bolehlah singah kat:
Taman Rama-Rama. Masuk kesini RM 27.oo bagi dewasa.


Escape Edventureplay Theme Park.Masuk RM 60.oo bagi dewasa. 











No comments:

Post a Comment