PERJALAN DARI SUNGAI ARA KE BATU FERRINGHI.
Pada pagi Ahad yang lalu (22-Sep-2013), saya,
anak dan isteri lepas aje balik dari wet market kat bayan baru kami terus drive
keta ke Balik Pulau. Sekarang jalan baru menghubungkan bayan lepas ke balik
pulau dah siap sepenuhnya. Cantik ,cepat, selesa dan selamat.
Di Balik Pulau kami singah dulu di beberapa
kawasan kat sana antaranya:
1. Kuala Sungai Pinang.
2. Kampung Pantai Aceh, Sebelum sampai ke kampung Pantai Aceh kat sana terdapat Pusat Falak Sheikh Tahir dan Jabatan Mufti Pulau Pinang. Betul-betul kat tepi bukit. Aktiviti utama penduduk kampung Pantai Aceh adalah nelayan kerana kawansannya betul-betul kat tepi laut. Terdapat kolam ternakan ikan sebelum masuk ke kampung ini.
Selepas itu kami sekeluarga
meneruskan perjalanan ke Taman Rimba Teluk Bahang. Jarak perjalanan 13 Km.
Keadaan jalan yang agak sempit dan berliku menyukarkan perjalanan. Ditambah
dengan kenderaan berat seperti bas pelancong yang banyak telah membuatkan masa
perjalanan menjadi panjang. Kepada sesiapa yang ingin melalui jalan ini
diingatkan sentiasalah berhati-hati dan baik jika membunyikan hon kenderaan
setiap kali menghampiri selekoh tajam. Pemandangan laut dari atas bukit serta
ribuan pokok-pokok durian yang terdapat disepanjangnya menjadi penarik kepada
pengunjung melalui jalan ini.
Di pertengahannya terdapat air terjun (Air Terjun
Titi Kerawang). Terdapat deretan gerai kecil menjual buah-buahan tempatan serta
sourvenir. Walau bagaimanapun agak sukar untuk memberhentikan kenderaan
dikawasan ini kerana keadaan jalannya yang sempit dan kawasan letak kereta yang
terhad.
Sebelum sampai ke
taman rimba pengunjung juga boleh berhenti di beberapa kebun buah-buahan yang
terdapat disepanjang jalan ini.
Selepas itu pengunjung sekali lagi akan tertarik
dengan pemandangan indah iaitu empangan air tawar (Empangan Teluk Bahang).
Boleh berhentikan kereta dan berjalan disekitarnya cantik dan menarik .
Maka selepas 45 minit perjalan kami sampai ke
destinasi yang kedua iaitu Taman Rimba Teluk Bahang. Kemudahan asas kat sini
terbaik ada toilet, surau, dewan, tempat permainan kanak-kanak, pondok-pendok
rehat serta air terjun yang yang diubah
suai sesuai untuk bawak anak-anak kecil mandi. Kepada orang dewasa boleh mandi
air terjun yang real kepada yang tak nak mandi pula boleh bersiar-siar melawat
muzium hutan, naik titi gantung dan melawat kolam ikan sambil hirup udara
segar.
Selepas tu kami menuruskan perjalanan kami ke pekan Teluk Bahang. Dalam
perjalan kepada yang banyak duit bolehlah singah kat:
Escape Edventureplay Theme Park.Masuk RM 60.oo bagi dewasa.